Cabaran Pembentukan Malaysia & Halangan-halangannya.
DUB1012 - PENGAJIAN MALAYSIA
PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
SITI NURNADIA BINTI ABDUL RASHID.
( 02DTM17F1079 )
NURSYAFIKAH BINTI AYUB
( 02DTM17F1073 )
SHARIFAH NORSYAKIRAH BINTI HABIB YAHYA
( 02DTM17F1076 )
NORIZZATI ATHIRAH BINTI ABD RAZAK
( 02DTM17F1052 )
NUR ADRIANA BINTI ROSLAN
( 02DTM17F1108 )
AERINEA AMERRA BINTI NORAIDEE
( 02DTM17F1123 )
DTM1B
SESI JUN 2017
__________________________________________________________________________
PENGHARGAAN:
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Malaysia ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini Cabaran pembentukan malaysia dan halangan-halangannya. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Puan Rina Fakhizan binti Mohd Kasim kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
_____________________________________________________________________________
PENDAHULUAN:
Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun 1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan (sebuah parti politik). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.
_______________________________________________________________________________
Latar Belakang Pembentukan Malaysia
- Faktor-faktor pembentukan Malaysia
- Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei,
- Reaksi Negara-negara Asean.
_______________________________________________________________________________
Tarikh-Tarikh Penting Sebelum Pembentukan Malaysia Terbentuk
- 1887 - Lord Breasley Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara mencadangakan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak disatukan.
- 1930 an - Sir Cecil Clementi (Gabenor Negeri- Negeri Selat dan Pesuruhanjaya Tinggi British) mencadangkan Persekutuan Borneo yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak dan Brunei.
- 1947 - Sir Malcolm (Persuruhanjaya Tinggi British) menyuarakan pendapat untuk menyatukan negeri-negeri di Borneo ke dalam satu bentuk persekutuan.
- 1950 an - Konsep Malaysia disuarakan oleh Parti Progresif Singapura.
- Mac 1954- Mohd Ghazali Shafie menyokong konsep Malaysia.
- Feb 1955 - Presiden MCA iaitu Tan Cheng Lock melahirkan sokongan yang sama terhadap Perdana Menteri Singapura supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu.
- 21 Feb 1956 - Pengurusi Parti Rakyat Malaysia menyatakan parti itu sedang mengusahakan penubuhan Tanah Air Melayu.
- 27 Mei 1961 - Idea tercetus melalui ucapan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman.
_______________________________________________________________________________
Faktor-Faktor Penubuhan Malaysia
1. Faktor Politik
- Mengelak ancaman komunis.
- Memberi kemerdekaan kepada Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei.
Pembentukan Persekutuan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dari jajahan British.
2. Faktor Ekonomi
- Kemajuan ekonomi bersama
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia .
3.Faktor Sosial
- Keseimbangan Kaum
Kemasukan Sabah,Sarawak dan Brunei dalam Tanah Melayu akan menigkatkan peratusan kaum Bumiputera di tanah Melayu . Jumlah penduduk dari Sabah,Sarawak dan Brunei akan mengimbangi peratusan majoriti kaum Melayu dan Bumiputera di Tanah Melayu walaupun Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah melayu . Oleh itu, kedudukan orang Melayu tidak terancam .
_________________________________________________________________________________
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukanini memuaskan hati semua pihak
- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerangan ini telah mengurangkan salah faham tentang penubuhan Malaysia. Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhkan JPPM yang dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgai pengerusinya. Brunei tidak menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja kerana ketidaksedian Brunei menyertai pembentukan Malaysia.
Fungsi-fungsi JPPM ialah :
(a) Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai.
(b) Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit .
Semenjak pembentukan jawantankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali iaitu:
(a) Jesselton (Kota Kinabalu) - 21 Ogos 1961
(b) Kuching - 18 Disember 1961
(c) Kuala Lumpur - 06 Januari 1962
(d) Singapura - 01 Februari 1961
- Suruhanjaya Cobbold
Ditubuhkan pada bulan November 1961 setelah rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish. Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16 Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai pengerusinya. Suruhanjaya ini dianggotai oleh :
(a) Lord Cobbold (Bekas Gabenor Bank England)
(b) Anthony Abell dan David Waterson (Wakil Kerajaan British)
(c) Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu)
Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk :
(a) Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia
(b) Membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu .
Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh suruhanjaya telah:
(a) Mengadakan 50 perjumpan di 35 tempat , iaitu di 20 di Sarawak dan 15 di Sabah .
(b) Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan .
(c) Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka .
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu. Dalam laporan ini, 80% penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga, iaitu:
a) ⅓ menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.
b) ⅓ menyokong tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu
c) ⅓ mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai gabungan dan separuhnya menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan Brtish (20%).
- Jawatankuasa Antara Kerajaan
Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
(a) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
(b) Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
(c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
(d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
(e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.
- Referendum Singapura
Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.
Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
(a) Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).
(b) Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
(c) Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.
Penganalisis sejarah mendakwa sokongan Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya dengan pembentukan ini. Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.
REAKSI WILAYAH YANG TERLIBAT
- Persekutuan Tanah Melayu
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan British Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu . Umno juga bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura
- Singapura
- Brunei
Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan Malaysia. Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan ini. Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.
Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan. Ini keran A.M. Azahari berpendapat, pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya supaya mereka dapat menguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan. Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaanya jika menyertai gabungan ini.
HALANGAN PEMBENTUKAN MALAYSIA DARIPADA NEGARA JIRAN
Terdapat 2 tentangan dari 2 Negara iaitu Filipina dan Indonesia . Filipina memprotes pembentukan Malaysia dan Indonesia pula cuba menghalang pembentukan Malaysia .
- Filipina
Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
- Indonesia
Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.
Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.
_________________________________________________________________________________
- Rujukan
(1) Buku Pengajian Am
(2) https://www.youtube.com/
(3) http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.my/2014/08/bab-6-pembentukan-malaysia.html
(4) http://siangmalam46.blogspot.my/2014/10/bab-6-pembentukan-malaysia.html
(5) https://www.google.com/
________________________________________________________________________
Kesimpulan
Seiring dengan perjalanan masa dan perkembangan politik, rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura digagaskan akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa Brunei. Namun Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia setelah 2 tahun dibawahnya. Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberikan faedah kepada Tanah Melayu, Sabah , dan Sarawak, sama ada dari segi politik mahupun sosioekonomi.
terima kasihh
ReplyDeletehttps://media.makeameme.org/created/yes-very-good.jpg
ReplyDeleteCaesars Palace, Palace | DrmCD
ReplyDeleteExplore our amazing 문경 출장마사지 restaurants and enjoy a great 청주 출장샵 selection of delicious, delicious cocktails, and 여주 출장안마 fun times 용인 출장샵 in a beautiful city. Try your 시흥 출장안마 luck at a
Nub
ReplyDelete